Kim Soo Hyun as Fizzrul
Yoona as Izdihar
Aku,Noor Izz
Izdihar Rossalynda binti Mohd Qash Qayyum.Ayahku,Mohd Qash Qayyum bin Mohd Khai
Khairul.Alongku,Mohd Ir Irwan.Angahku,Mohd Az Azfar.Uda pula,Mohd Af
Afzar.Angah dengan uda ni kembar.Tu yang ayah dengan ibu letak nama dia orang
hampir sama.Cuma terbalik aje hurufnya.Akhir sekali,wanita anggun yang
kukasihi,ibuku. Rosa.Nurul Mimi Rosarynda binti Abdullah.Ibuku seorang
mualaf.Dia berketurunan Inggeris.Mummy dan daddynya sudah lama menetap di
Malaysia sejak daddy ibuku ditugaskan bekerja di situ.
Perkahwinan mereka sememangnya ditentang hebat
oleh keluarga masing-masing.Tetapi…disebabkan cinta mereka berdua yang suci dan
sungguh kuat,akhirnya mereka tetap diijabkabulkan jua walaupun hanya sebelah
pihak sahaja yang merestuinya.Pihak itu,sudah semestinya di pihak keluarga
ayah.Kata ayah,nenek dan atuk tersentuh hati melihat ibu yang menangis dan merayu agar ibu ditinggalkan oleh
ayah.Ibu tidak sanggup melihat ayah dipukul dengan buluh dan ibu tidak mahu
hubungan ayah dengan atuk nenek hancur hanya disebabkannya.
Kata ayah,grandma dan granddad juga
tersentuh dan betul-betul kagum kerana ibu dan ayah seboleh-bolehnya
mempertahankan cinta mereka.Ibu sangat mencintai ayah sampai sanggup
dipukul,dihina,dicaci dan dihalau keluar oleh mummy dan daddynya.Ibu sedih
sangat kerana dihalau oleh mummy dan daddynya hanya disebabkan dia memeluk
agama Islam iaitu agama Allah Yang Maha Esa dan disebabkan dia ingin melayari
bahtera perkahwinan bersama ayah.
Kata ayah lagi,nenek terlihat ibu
yang teresak-esak menangis di dalam kedinginan hujan dan segera memanggil atuk dan pada ketika itu
juga,ayah berada di dalam bilik mengurung diri kerana kecewa dengan atuk dan
nenek yang sama sekali tidak merestui hubungan ibu dan ayah.Kemudian,atuk dan
nenek pun segera keluar dari rumah,mahu menjenguk keadaan gadis manis yang
sudah pun dianggap seperti anak mereka sendiri. Atuk dan nenek bersimpati dekat
ibu yang kesejukan dan kedinginan kerana basah kehujanan.Langit pula
seolah-olah memahami nasib gadis keturunan Inggeris itu lalu menangis
mencurahkan manik-manik kristalnya yang berharga.Hujan membasahi bumi Allah..Begitu
lebat sekali.Seakan-akan tidak mahu berhenti.
Rumah ibu dan ayah cuma
bersebelahan saja.Mereka berjiran.Dari kecil,mereka sudah saling mengenali dan
memendam rasa.Sentiasa bersama ketika susah dan senang.Dipendekkan cerita,ibu
dan ayah ni merupakan pelajar yang genius dan cemerlang.Sebab itulah aku otak
aku ni genius.Ehehehehe…Sambung balik..sambung balik…Ayah dan ibu telah
menduduki peperiksaan awam dan keputusan
mereka amat membanggakan pihak sekolah dan keluarga masing-masing.
Ibu dengan ayah telah menerima
tawaran sambung belajar di University Of Tokyo di Jepun. Dan di situlah
bermulanya episod percintaan mereka yang sebelum ni hanya persahabatan mengikat
mereka. Bermulalah episod cinta mereka di negara matahari terbit itu.Semakin
hari semakin mekar cinta mereka bak bunga-bunga nan harum di taman indah.
“Rosa…..”pangggil Qash.
“Ya,Qash.Kenapa?Macam ada benda
mustahak je.Tell me,”balas Rosa perlahan sambil melihat pemandangan matahari
terbenam di bukit itu.Dia menguis-nguis rumput di bukit itu dengan kakinya.
“Hmm…I want to tell you something.I
had keep it for a long time.I hope you will listen to me,”ujar Qash sambil
menekur ke bawah.Dia tidak mampu menatap wajah gadis berketurunan Inggeris di
hadapannya itu.Dia takut lidahnya akan kelu untuk menuturkan bicaranya.Takut
lidahnya keras untuk meluahkan kata-kata cinta kepada sang pujaan hatinya
kerana terpukau dengan gadis manis itu.
“Just tell me,Qash.I’ll listen to
you you.Hisy,Qash ni!Macam masalah negara aje.Sejak bila pula Rosa berkawan
dengan PM ni?Hehhehehe…Just joking..”ujar Rosa sambil ketawa perlahan.Gembira
benar dia hari ni.Yalah..dia sememangnya sudah lama menyimpan rasa dengan
pemuda tampan itu.Hendak diluah takut tak dibalas.
“Isy,Rosa ni.Memain kan..memain
je…”marah Qash.Ceh!Marahlah sangat.Hehehehehe…marah-marah sayang je.Pantas
tangan Qash menarik lembut hidung mancung gadis itu.Terjerit gadis muda itu.
“Ouch!Qash!Apa tarik-tarik hidung Rosa?Makin
mancunglah hidung Rosa kalau macam ni,”jerit Rosa dalam nada manja.
“Eleh,Rosa ni!Qash tarik sikit pun
nak marah,””rajuk Qash sambil mengalihkan pandangan daripada Rosa.
“Alah,Qash ni!Rosa tak
marahlah.Rosa geram je,”pujuk Rosa.
“Kan sama tu.”
“Mana samalah,Qash!Marah tu
perlakuan.Geram pula perasaan.”
“Hmmm..yalah.Rosa menang,”Qash
beralah.Tidak mahu melanjutkan pertelingkahan manja itu.Heeee…
“Hehehe..Yeah!I am the
champion!Hahaha…Oh ya,apa yang Qash nak cakap tadi?”soal Rosa keliru.
“Oh ya…Hmm…”Qash menarik nafas
panjang.
“ Qash..nak beritahu.Qash
sebenarnya..Qash..Qash ci..cin..Okay..I want to tell you.I love you.I love you
so much.. So much…and too long,Rosa!Too long I keep this feeling to
you…Please,beauty!Love me…Please love me like I love you..I really love you..I
really want you …Mohd Qash Qayyum bin Mohd Khai Khairul really need you,Mimi
Rosarynda!”luahnya sekali nafas.Lega hatinya dapat meluahkan segala isi hatinya
kepada gadis itu.Tersangatlah lega.Hope you love me too,Rosa.
“Err…Qash..aa..apa aa..awak cakap
ni?Ma..ma..main-main pula,Qash ni,”jawab Rosa tergagap-gagap.Mukanya sudah
berona merah padam.Jelas sekali di mata Qash.Wajah putih mulus gadis itu sudah
berubah warna.Pink!Malulah tu.
“Alah,sayang…Qash cakap betul
ni.Soal hati dan perasaan mana boleh buat main,sayang oiiii….Sayang…terimalah
abang ya sayang…I’ll take care of you,my love…Marry me,sweetheart.”
‘Haaa?Sayang?Abang?My
love?Sweetheart?And…marry you?Oh my heart..Janganlah dup dap dup dap.Cuba duduk
diam-diam sikit’desis hati Rosa.
“Rosa sayang….Say something to
me,my dear.Cakaplah sesuatu kat abang.Penat abang pok pek pok pek
sorang-sorang,”ujar Qash.Ada sedikit rajuk dalam nada suaranya.
“Err..Qash..Rosa…Rosa tak tahu nak
cakap apa.”
“Sayang…cakap je…about your feeling
to me,my dear.Abang akan terima seadanya jawapan Rosa,”putusnya.Qash kelihatan
sudah seperti mahu putus asa saja.Rautnya kelihatan hampa.Kecewa juga.
“Erk,Qash!Okay,fine.Rosa
pun..sebenarnya…dah lama minat kat Qash.Cuma Rosa takut nak luah.Takut
ditolak.Tak dibalas Qash,”muka Rosa sudah berona merah menahan malu.Kalah udang
kena panggang warna mukanya!
“Lahhh..minat je?Sayang?Cinta?”giat
Qash menyoal.Suaranya sudah dilirihkan.Mimik wajahnya juga turut
disayukan.Sebenarnya dia sudah lega dan faham akan maksud gadis itu.Tapi dia
belum puas untuk menatap wajah pink-pink Rosa.Hehehehehe…..
“Err…hmm tu pun ada juga,”balas
Rosa kalut.
“Apa yang adanya?”giat Qash.Dia
seboleh-bolehnya menyimpan senyum dan tawanya dari meledak keluar.Badannya yang
terhenjut-henjut menahan rasa geli hati cuba disembunyikannya dengan batuk yang
sengaja dibuatnya.Nak coverlah katakan.....
“Err,itulah.Yang Qash cakap
tadi,”seperti tadi,Rosa kalut mengatur bicaranya.
“Apa yang abang cakap?Kan banyak
yang abang cakap?Which one,Rosa?Please,darling.Just tell me the truth.About
your feeling.Don’t waste my time…Dah nak malam ni,”gesa Qash.Dia sudah tidak
sabar menanti jawapan daripada Rosa.Menanti jawapannya seperti menanti intan
berlian jatuh ditangan.
“Okay,fine,cik abang sayang!!!Nak
tahu sangatkan?Wait the minute,”ujar Rosa geram asyik didesak dan digesa
Qash.Rosa segera bangun dari bangku di atas bukit itu.Memang jelas di pandangan
matanya.Hari telah lewat malam.Dia ingin cepat mengakhiri perbualan serta
pertemuan mereka itu dan segera pulang ke rumah sewanya.Pasti roommatenya
khuatir kerana dia masih belum pulang walaupun hari sudah larut malam.
“Okay,Mr.Qash
Qayyum.Listen,okay!Ehem...ehem...MOHD QASH QAYYUM BIN MOHD KHAI
KHAIRUL!!!!!!!!!!!!!!! I want to tell you…that I really love you,Qash.I need
you! I'll always love you as long as I still alive.Please take care of me.I
really need you to be by my side!!!”jerit Rosa sekuat hatinya di bukit itu.Puas
hatinya dapat meluahkan apa yang ada di benaknya.
“Hmmm…Sayang…Yes…I love you.I’ll take care of you no matter what.So..please
let me be your bestfriend,your boyfriend,your love,your heart,your soul,your
sweetheart and your husband..Please marry me,Rosa.Would you like to marry
me,Mimi Rosarynda?”balas Qash dan menyoal gadis itu.
“Hah?But..Kita berbeza agama,bukan?”soal
Rosa kembali.Dia memang ingin hidup dengan pemuda itu.
“Rosa….Islam itu agama yang
benar.Islam itu tidak pernah dan tidak akan sama sekali memaksa.Islam itu
suci.Islam itu mulia.Islam itu murni.Islam itu indah…dan Islam itu adalah agama
Allah S.W.T. Yang Maha Esa,Agung lagi Bijaksana.DIA yang mencipta Nabi Adam dan
isterinya,Hawa.DIA yang mencipta para nabi dan rasul.DIA juga yang mencipta
pesuruhnya,Nabi Muhammad yang merupakan nabi kita.Nabi akhir zaman.Yang juga
kekasih Allah.Allah yang mencipta segala yang ada di muka bumi ini,Rosa.Allah
jugalah yang mencipta segala makhluk dan benda yang ghaib,yang tidak dapat
dilihat oleh mata kita ini.Allah akan memberi ganjaran kepada mereka yang soleh
dan solehah iaitu pahala.Manakala bagi yang derhaka,mereka akan dibalas dengan
penyeksaan di neraka kelak,”panjang lebar Qash bermukadimah.
“Hmm..Rosa tahu,Qash.Qash selalu
cerita kat Rosa tentang Islam.Rosa selalu juga dengar tentang indahnya Islam
dari teman-teman dan radio.”
“Rosa….Abang tahu yang dari kecil
lagi Rosa memang minat dan cinta akan Islam.Tak salah pun kalau Rosa memeluk
Islam.Tapi bukan kerana abang,tapi kerana Allah S.W.T. yang sentiasa
memerhatikan kita.Banyak kebaikan dan kelebihan beragama Islam,Rosa.”
“Hmmm…Rosa takut kat mummy and
daddy.They will mad with me.Mummy and daddy will hate me,Qash.It’s so difficult
to me,Qash.To choose between religion and my parents,”keluh Rosa berat.
“No,Rosa.It’s not about you and
your religion or your parents.But it is about you.You want to die before be a
Muslim?”soal Qash mematikan lamunan Rosa.
Rosa tesentak mendengarnya.Pantas
dia menatap wajah Qash.Ada raut sayu di wajah Qash.Dia tahu yang Qash
sememangnya menyayangi dan mencintainya.Yang pasti,Qash sememangnya ingin dia
mengenali betapa indahnya Islam bersama Qash.
“Of course,no.I don’t want to be
like that.But I..”belum pun sempat dia menghabiskan bicaranya Qash laju
memotong.”Rosa sayang…Rosa lagi takut kat mummy and daddy daripada DIA yang sedang melihat kita?”tanya Qash sambil
jari telunjuknya ditunjuk ke atas langit biru yang gelap dan hanya ditemani
cahaya bulan dan bintang.
“Hmmm…tak..Rosa takut Allah.Rosa
sayang Allah.Rosa nak tahu tentang agama Allah,”balas Rosa jujur.Polos sekali
wajahnya itu,seperti anak kecil yang baru mengenali dunia.
“So…keputusan terletak di tangan
Rosa.Tepuk dada tanyalah iman.Tepuk dada tanyalah hati.Sama ada Islam atau
sebaliknya.”
“Qash…tolong Rosa…Rosa nak sangat
masuk Islam.Nak mendalami agama Allah.Boleh ya.Please,help me,”pujuk Rosa.Sememangnya sudah lama dia
jatuh hati pada agama Islam.Cuma tiada siapa yang mahu
membantunya.Tetapi,mujurlah pemuda berhati luhur itu mahu membantunya.Menyinari
hidupnya dengan cahaya Islam…dengan cahaya keinsafan.
“Pasti,sayang.Abang akan sentiasa
menolong sayang.Esok kita akan cari Ustaz Ismail kat U.Dia pasti akan tolong
kita.Kita akan berusaha sama-sama ya.I’ll always beside you,”janji
Qash.Syukurlah…Alhamdulillah….Rosa sudah berterus terang dengan hatinya.Memilih
yang benar daripada yang kebatilan.Memilih yang KEKAL daripada yang
faana,binasa.Terima kasih,ya Allah!
“Terima kasih,Qash.Thank you for
everything.You make me happy.Tenang jiwa Rosa bersama Qash.”
“Never mind,sayang.Ermmm…Rosa,mulai
hari ni,detik ini,Rosa ialah kekasih hati abang…and from now,you have to call
me ‘abang’not Qash like before,”tutur Qash perlahan sambil mengenyit mata
nakalnya.
“Erk,okay Qash.”
“What,darling?I’m not hear you….”
“Errr..I mean a.aa.aaa…abang.”
“Hehehehe…payahnya nak sebut,”usik
Qash sambil tertawa lucu melihat muka udang bakar Rosa.Pink-pink-merah!
“Hisy,sibuk je!Jom balik.Nanti
roommates Rosa risau pula,”gesa Rosa.Segea dia mengajak lelaki itu
pulang.Err,bukan apa.Cuma nak cover malu+segan+shy+ashamed je.Ehehheheh…
“Hehehehhe..Okay,sweetheart.Let’s
go home,”ajak Qash pula.Mereka segera mengatur langkah menuruni bukit itu untuk
ke kereta Mercedes milik Qash dan Rosa,hasil titik peluh mereka ketika mereka
bekerja sambilan ketika cuti sem.
“Ayah!!!”jeritku
kuat mematikan lamunan ayah.Aku tersengih nakal melihat muka ayahku yang
terkebil-kebil disergah.Hehehe…padan muka.
“Hisy,Noor Izz Izdihar
Rosalynda!Terkejut ayah!Tak reti nak beri salam?Main terjah aje.Nasib ayah tak
ada lemah jantung.Kalau ada,dah lama innalillah ayah ni,”rungut Encik
Qash.Geram dia dengan anak bongsunya itu.Nakal bukan main.
“Hehehehe..sorry..sorry..Izz
lupalah,yah.Jap eh.Ehem..ehem…Assalamualaikum W.B.T. ayahandakku yang
kucintai.Anakanda yang rupawan dan cute ni datang mengadap ayahanda yang
ganteng banget!”usikku sambil menunduk hormat seperti di hadapan sultan.Siap
dengan gaya tu!Gempak!
“Isy,anak ayah ni!Main-main aje
tahunya.Dahlah.Stop the acting.Nak apa cari ayah yang ganteng banget?”soal
ayahku sambil menekankan perkataan’ganteng banget’.
“Hehehehe…tak ada apa.Saja je.Rindu
kat ayah.Sorry ya,yah.Izz bukan apa.Dah ayah tu berangan tak ingat dunia.Tak
ajak Izz pula tu.”
“Hei,merepek betul.Abang mana?”soal
Encik Qash mengalih topic.Tidak mahu anaknya tahu akan perasaan rindunya
terhadap arwah isterinya.
“Amboi…amboi..amboi…..Ayah makan
asam boi apa?Sesuka-sesuki hati ayah aje nak tukar channel ek!No way,dad!Tell
me,yah.Dah sampai mana berangannya?Ke dah sampai ke kayangan?Jumpa awek
kayangan?”usikku lagi sambil tersengih-sengih melihat raut muka ayah yang sudah
merah.Blushing!Ehehehe..so cute,my dad!
“Hmm..lebih kuranglah.”
“Hah?Siapa?Siapa?”tanyaku ingin
tahu.Excited ni!
“Secret,”jawab Encik Qash.Saja mahu
main-main dengan anak kesayangannya itu.Teruja benar anaknya itu.
“Alah,yahhhh…Beritahulah,”pujukku
meleret-leret.Sengaja aku lirihkan suaraku agar ayah terpujuk mahu
memberitahu.Tidak cukup dengan itu,kukelipkelipkan mataku.Ala…mata bling-bling
gitu.
“Hehehehehe..okay..okay..Ayah
teringat kat ibu je.Terimbau kembali memori indah ayah dengan ibu,”balas Encik
Qash perlahan.
“Ayah…me too.I miss her too.So
much…”lirihku bersuara.Walaupun aku tidak dapat menatap wajah anggun milik ibu
tetapi dia dapat merasakan hangatnya kasih sayang ibu terhadapku.
“Dahlah,sayang.Ibu mesti suka sebab
kita ingat dia.Ermm..abang-abang mana?Dah petang tak balik-balik lagi.”
“Kat padang.Alah…macam ayah tak
tahu.Dia orang nak lepas gian main nak bola sepak.Kan dah lama kat KL.”
“Hei,dia orang ni!Izz,pergi panggil
abang-abang kamu tu!Selagi tak malam,tak akan mahu baliknya dia orang tu,”arah
Encik Qash.Segera dia bangun dari beranda rumah.Dia ingin masak untuk makan
malam.Sejak pemergian isterinya,dialah yang menjaga makan minum anak-anaknya
dan dia jugalah yang bekerja.Tetapi kini,dia sudah letih mahu bekerja sebagai
seorang pensyarah di Kuala Lumpur.Jadi dia ingin terus menetap di rumah arwah
ibu dan abahnya.
“Ai..ai,captain!”balasku seraya
segera menuruni tangga rumah dan laju menapak ke skuterku.Yes!!!Boleh rempit.
“Hah,Izz!Jangan bawa motor
laju-laju.Macam ayah tak tahu yang Izz tu pun nak lepas gian duk merempit sakan.So,careful!”pantas
Encik Qash bersuara apabila melihatku tersengih sorang-sorang.
“Isy,ayah ni!Tahu-tahu aje.Baru nak
rempit,”balasku sambil tersengih-sengih menayangkan gigi putihku yang tersusun
cantk.Ni kalau buat iklan gigi mesti tinggi ratingnya.Huhu..
Pagi itu,cuaca begitu dingin sekali
sehingga mencengkam jiwaku. Kudongak ke kaki
langit.Awan mula berarak.Awan hitam mengganti awan putih dan kini,awan
putih bagaikan menyembunyikan diri di sebalik awan hitam yang makin mewarnai
langit.Akhirnya,langit biru tadi yang putih kebiruan bertukar menjadi mendung.
Gelap.Kosong.Sekosong hati ini yang
masih lagi kecewa dengan dirinya yang makin menjauh daripadaku.Hanya disebabkan
kehadiran seorang gadis manis,Muna.Ya…Muna yang jauh lebih manis,sopan…dan jauh
lebih feminin daripadaku yang tomboy dan berkelakuan seperti seorang lelaki
walaupun diriku ini dicipta sebagai seorang gadis.Siapa pun pasti akan menoleh berkali-kali
ke arah Muna yang lemah-lembut,cantik dan mempunyai susuk tubuh yang menarik
hati pemuda-pemuda di kampungku untuk terus merenungi gadis itu.
Sedang aku..hanyalah menjadi teman
untuk diajak bermain bola keranjang dan hanya untuk diajak berlawan silat.Aku
sedar akan perbezaan di antara aku dan gadis itu.Dia penuh dengan sifat seorang
gadis dan aku pula?Lebih kasar dan ganas.Mungkin disebabkan diriku diasuh oleh ayahku
dan cuma aku seorang saja perempuan di dalam keluargaku.Yang lain,semuanya
lelaki.Keluargaku hanya terdiri daripada lima orang ahli.Ayah,along,angah,uda
dan aku sendiri.Kiranya aku seorang sajalah perempuan dan merupakan anak dan
adik bongsu mereka.
Ibuku telah lama meninggalkan dunia
yang faana ini dan meninggalkan kami semua.Ibu meninggal selepas
melahirkanku.Jadi,aku tidak pernah merasa hangatnya pelukannya..belaian
manjanya…ciuman manisnya…dan semestinya tidak pernah dan tidak akan boleh
menatap wajah jelitanya.Tidak juga aku dididik untuk menjadi lumrah kehidupanku
sebagai seorang gadis.Aku hanya hidup dengan kasih sayang ayah dan
abang-abangku.Ya…suasananya mestilah tidak sama dengan orang lain yang masih
mempunyai seorang wanita yang bergelar ibu.Mungkin itulah sebabnya perwatakanku
kasar,ganas dan seperti lelaki.
Tapi,itu bukan alasan yang
munasabah untuk aku tidak layak dicintai dan mencintai.Aku pun ada hati dan
perasaan.Aku hanya manusia biasa yang akan jadi luar biasa tika hati dihadiri
cinta.Ya,cintaku buat dirimu yang sudah sekian lama menghuni hati ini.Bukan
setahun dua.Tapi,bertahun-tahun aku menanggung rasa cinta ini yang semakin
hari,semakin bercambah di seluruh jiwaku.
“Woi,Izz!Berangan kaukan?”jerit Fizzrul
Zayyan di telinga Izdihar.Dia mengambil
tempat di sebelah gadis comel itu.Tangannya ligat mencabut rumput-rumput
menghijau di situ.
Izdihar masih diam menyepi.Tiada
senyuman yang kebiasaannya terukir di bibir merahnya itu.Reaksinya juga kosong.Tiada riak ceria yang biasa
dipamerkan oleh Izdihar.Dia hanya duduk diam menongkat dagu merenung langit
mendung.Memang tiada apa yang ingin dilihatkan di situ,tetapi matanya lebih
minat memandang langit itu berbanding dengan wajah pemuda yang semakin
mengambil tempat di hatinya. Fizz…kenapa kau lagi suka dekat Muna?
“Penat aku cari kau dari tadi
rupanya kau dekat Secret Garden ni.Choii lah..Nasib baik ayah kau beritahu aku
tau!”bebel Fizzrul.Dia masih lagi tidak sedar akan perubahan sikap Izdihar.
Hmm…Secret Garden ialah tempat
rahsia aku dengan mamat tak ada hati ini.Tempat yang kami temui bersama sewaktu
kami masih bergelar kanak-kanak riang.
“Oittt…Izz!Hisy,kau ni kenapa?”soal
Fizzrul geram.Tangannya menarik lembut bahu Izdihar menghadapnya.Seraya dengan
itu,air mata perlahan menuruni pipi mulus Izdihar.
“Izz!Izdihar…kenapa ni?”soal
Fizzrul cemas.Dia menyapu lembut air mata yang laju membasahi pipi mulus
Izdihar.
“Aa…aku sedih,”balasku pendek dan
ringkas.Air mataku masih setia menuruni pipiku.Tersedu-sedan aku dibuatnya.Aku
memandang wajah kacak Fizzrul.Merenung anak mata Fizzrul lama.
‘Fizz….Izz tak layak ke untuk
Fizz?Fizz tahu tak?Izz sayangkan Fizz sejak kita kecil lagi.Kenapa Fizz lagi
sayangkan Muna dari Izz?’desis hati kecilku.
“Izdihar,kenapa dengan kau ni?Diam
pula..Katalah kenapa tiba-tiba menangis?soal Fizzrul lagi.Dia gusar melihat
gadis manis itu menangis.Bukan senang mahu melihat sahabat baiknya itu
menangis.Pasti ada sesuatu yang dipendam oleh gadis ini.
“Urgh…Fii..Fizzrul…Izz..aku tak
layak ke untuk dicintai dan mencintai?”soalku sedikit gagap kerana
tersedu-sedan menangis.Air mata tetap mengalir laju.Aku tak kisah.Lantaklah nak
menangis kea a pun.Aku nakkan jawapan daripada Fizzrul.
“Hah?Laa..tu ke sebabnya kau duk
menangis sakan macam orang hilang suami?”soal Fizzrul.Dia kulihat tersenyum
nipis.Tangannya membelai lembut rambut
ikal mayangku.
“Hmm,”gumamku perlahan.Wajahnya
kutatap lagi dan lagi.Tidak jemu mata nakalku menatap wajah kacaknya.I really
love you,Fizz.
“Mestilah layak,Izz oiii!Siapa kata
kau tak layak?Setiap manusia di muka bumi Allah ni dicipta untuk berpasangan
dan saling menyayangi tau!”ujar Fizzrul mengingatkanku.
Ya…setiap orang memang dicipta
untuk saling menyayangi.Tapi…mampu ke aku memiliki kau sedang hati kau siang
malam duk puji gadis lain?
“Aku..aku suka seseorang.Dari kecil
lagi aku sayang gila dekat dia.Dia sentiasa ada untuk aku saat aku gembira
mahupun sedih.Ketika aku memerlukan dia,dia sentiasa ada di sisiku,Fizz.Aku sayangkan
dia.I really love him,”luahku.Ya,dan orang itu ialah kau,Fizzrul Zayyan!
“Wah,kau tak pernah beritahu aku
pun!Ni yang sentap ni.Siapa mamat bertuah tu?Aku kenal tak?soal Fizzrul
bertubi-tubi.Wajahnya kelihatan sedikit teruja.
‘Amboi Izz ni,duk berahsia pula
dengan aku!Macam mana aku boleh tak sedar ni?Tapi..siapa mamat tu?’getus
Fizzrul di dalam hati.Entah kenapa rasa cemburu hadir memenuhi di dalam diri.
“Hmm…kau kenal dia,”balasku
ringkas.Memanglah kau kenal dia.Dah orang tu kau,mangkuk ayun!
“Laaa…siapa?”soal Fizzrul
lagi.Aduh,kenapa dengan aku ni?Rasa tak best ah.Takkan aku cemburu dengan mamat
yang Izdihar ni suka?
“Tak payah tahulah.Tak penting.Dia
suka orang lain yang lebih feminine daripada aku.Aku tahulah siapa aku
ni.Perangai tak semenggah.Muka dahlah tak cute,”ujarku berahsia.Takkan aku nak
kata orang tu kau.Habislah terbongkar rahsia hati yang aku dah pendam
bertahu-tahun lamanya.
“Alaaa..kau ni kedekutlah!Akukan
best friend kau yang handsome lagi macho.Aku just caring aje kutt,”kata Fizzrul.Wajahnya
cemberut masam.Tetap handsome!
Air mataku tidak lagi
mengalir.Kering!Hanya berbicara dengannya sahaja boleh menutup rasa sedihku
apatah lagi kalau aku memiliki hatinya.Pasti lebih bahagia hati ini.
“Oh ya.Kenapa kau cari aku dekat
Secret Garden ni?”soalku.Tadi dia kata dia cari aku.Psti ada hal yang mustahak.
“Oh!Haah aku lupa pula.Kau
rasakan…Muna suka dekat aku tak?”soal Fizzrul sambil tersengih-sengih
membayangkan wajah manis Muna.
“Err..mestilah!Tak ada sesiapa yang
tak suka kau!Sampai aku pun suka kau,Fizzrul,”ujarku tulus.Tapi ayat ‘sampai
aku pun suka kau’ aku perlahankan nada suaraku.Tidak mungkin aku begitu berani
mengungkap isi hatiku kepada dirinya.
“Hahaha…really?Yahoo!Sayang kau
Izdihar!”balas Fizzrul gembira sambil mengeratkan pelukannya denganku.Wajahnya
benar-benar bercahaya.
‘Aku pun sayang kau…Aku lagi sayang
kau….Cuma kau saja yang tidak mengerti..’
“Kau rasa perempuan suka hadiah apa
ya,Izz?”soal Fizzrul.Kakinya lincah menguis-nguis dedaun kering yang sedikit
kekuningan.
“Hmm…kalau aku,aku suka
bunga,perfume,coklat,novel and teddy bear!”beritahuku.Haipp..kau nak beri dia
hadiah pula.Bertambah jealouslah aku kalau macam ni.
“Kyahahaha..kau?Suka bunga?teddy
bear lagi?”ejek Fizzrul sambil terkekeh ketawa geli hati.Siap buat aksi
menepuk-nepuk tanah lagi!Haip,melampau sungguh!
“Yalah,”balasku pendek.Pelik
melihatnya ketwa bagai nak runtuh bumi ni dibuatnya.
“Hahah..tak adalah.Tapi,kau yang
ganas lagi garang macam singa dekat hutan belantara boleh suka dekat
benda-benda alah gitu.Memang pelik tahap gaban lerr jawabnya,”usik
Fizzrul.Ketawanya masih lagi bersisa.
“Kau ingat perempuan macam aku ni
tak ada hati dengan perasaan apa?Seganas-ganas aku,segarang-garang aku yang
macam singa hutan belantara ni,aku tetap perempuan tau!”jeritku geram.Aku
segera bangun dan meninggalkannya yang terkebil-kebil memandangku.
‘Huh!Fizzrul Zayyan sengal!Aku
perempuanlah!Suka hati akulah nak suka bunga ke teddy bear ke.Macamlah Muna kau
tu cantik sangat.Setakat muka tak siap tu,boleh blah ah!’desisku geram.Aku
menyepak geram skuterku.
“Hoi,Izdihar!Relax ah.Tak payah
angin satu badan,”jerit Fizzrul.Dia berlari mendapatkan aku.
“Kisah apa aku nak angin ke apa
ke.Tak ada kaitan dengan kau pun,Fizz.Kau bukan kisahkan aku.Tak sayang pun
dekat aku yang garang lagi ganas ni hah,”jeritku geram.Lantaklah!Yang penting
aku nak balik rumah.Makan dan tidur!
Aku membetulkan skuter pink
kesayanganku.Aku start skuter dan menunggangnya.Skuter kupecut laju.Selaju yang
mungkin!
“Aisyy,minah ni!Aku gurau-gurau
manja pun tak boleh.Kenapa entah sensitive sangat hari ni?Kejap menangis.Kejap
marah-marah.Gila aku dibuatnya,”keluh Fizzrul perlahan.Dia memandang skuter Izdihar
sehingga hilang daripada pandangannya.
~bersambung...itu pun kalau ada idea ;p ~
p/s:Thanks kalau ada yang terrrbaca ya.Hahaha...and Hafni!!!Haaa,,,aku dah buat blog ^_^
tak ada apa dahkan?Aku dah tunaikan janji!kihkihkih...Maaf jika ada yang tersilap atau ada yang terkurang sana-sini.Saya budak baru nak belajar >_<

